Anugerah SK Seri Ampang, Ipoh

DASAR KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG, IPOH

A. GURU  

  1. Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana kokurikulum merupalan sebahagian daripada kurikulum sekolah.
  2. Setiap guru wajib menganggotai sekurang-kurangnya satu unit dalam bidang-bidang kokurikulum yang dianjurkan :- 
    a.Unit Beruniform 
    b.Persatuan/ kelab 
    c.Sukan dan permainan
  3. Kehadiran guru adalah wajib sama seperti hari-hari persekolahan.
  4. Untuk mendapatkan pelepadan bertugas, guru-guru dikehendaki memaklumkan dan mendapatkan kebenaran Guru Besar.
  5. Setiap guru bertanggungjawab setiap bidang kokurikulum bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
  6. Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid dan sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
  7. Pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan.
  8. Setiap guru hendaklah mengeluarkan arahan gerakerja dengan jelas supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
  9. Setiap guru perlu menyediakan kertas kerja ke atas setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum serta tuntutan perjalanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak-pihak perbendaharaan / JPN Perak.
  10. Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru.
  11. Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru.
  12. Guru-guru yang dipilih untuk menghadiri kursus berkaitan kegiatan kokurikulum, permainan atau pengadilan, pelaksanaan kokurikulum hendaklah hadir dan menjadi kesalahan jikalau tidak hadir.

 

B. MURID

  1. Melibatkan penyertaan semua murid dalam kegiatan kokurikulum mengikut bakat, kebolehan dan minat pilihan mereka dalam bidang-bidang: 
    a. Unit Beruniform 
    b. Persatua / Kelab
    c. Sukan dan Permainan
  2. Setiap murid (Tahun 4,5 &6) wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan, satu unit beruniform, satu persatuan/ kelab dan satu permaian.
  3. Murid – murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid –murid yang mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti permainan sahaja.
  4. Kehadiran murid adalah wajib. Kedatangan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan (sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan tidak akan diberi sijil penyertaan.)
  5. Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
  6. Setiap murid perlu bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
  7. Setiap murid perlu membayar yuran Unit Beruniform, persatuan/kelab dan sukan/permainan untuk kegunaan aktiviti dalam setiap unit tersebut mengikut kadar yang telah dipersetujui dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan.
  8. Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga murid dan pihak sekolah.
  9. Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja ketika menjalankan aktiviti kokurikulum.