Kata Aluan Guru Besar
Takwim SKSA
Aplikasi Online
Hubungi Kami
PIBG SK Seri Ampang
SK Seri Ampang, Ipoh

SK Seri Ampang terletak 8 km dari bandaraya Ipoh dan mula beroperasi pada Jun 1995. Sekarang, terdapat 52 orang guru dan 695 orang murid terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Sebagai sebuah Sekolah Kluster dengan kebitaraan ICT, Bahasa Inggeris dan Lawn Bowls. Sekolah telah membina aplikasi-aplikasi online ICT untuk kegunaan warga sekolah. Di antaranya RPO (Rancangan Pengajaran Online), eNota (Nota online murid-murid) dan WAYS (Walk Around Your School System). Sekolah juga mempunyai gelanggang lawn bowlsnya sendiri.

Kini SK Seri Ampang telah dikenali oleh sekolah-sekolah sekitar sebagai sekolah ICT dan beberapa sekolah telah datang ke sekolah ini untuk membuat penandaarasan dalam bidang ICT dan juga lawn bowls.

© 2008 - 2018 SKSA. Hak Cipta Terpelihara.
Email: support@sksa.net Tel.: 05-3120663 Fax : 05-3126046 / Dasar Keselamatan ICT