MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

  • Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
    berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan
    dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan
    kebolehan ke tahap maksima dab menyuburkan potensi kepimpinan.

 

OBJEKTIF

  • Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas
    Pengurusan Hal Ehwal Murid.
  • Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang
    dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
  • Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah
    dan berketrampilan.

UNIT - UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID

    (SEMUA UNIT BERGERAK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MASING-MASING)
     
    1) UNIT DISIPLIN & PENGAWAS
    Objektif : Mengurangkan jumlah kes - kes salah laku murid.
     
    2) UNIT KESELAMATAN & KECEMASAN
    Objektif : Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah.
     
    3) UNIT PERABOT & INVENTORI
    Objektif : Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala kerosakan dibaik pulih serta pengemaskinian stok perabot dilakukan.
     
    4) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
    Objektif : Menyelaraskan hal - hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks.
     
    5) UNIT LAWATAN
    Objektif : Menambah pengetahuan dengan membuat lawatan ke tempat - tempat pelancongan.
     
    6) UNIT KEBAJIKAN MURID
    Objektif : Menyediakan keperluan yang sesuai kepada murid yang menghadapi tekanan dan masalah.
     
    7) UNIT RMT / PSS / KANTIN
    Objektif : Kebersihan kantin terjaga dan memastikan murid - murid yang layak saja yang menerima bantuan RMT dan PSS.
     
    8) UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
    Objektif : Membentuk sikap berdikari, bermotivasi dan bantu - membantu diantara murid - murid.

     

    DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
    SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG IPOH

    DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

    1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
    1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.
    1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang.

    DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR

    2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
    2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkn ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
    2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
    2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa.

    DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

    3.1 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
    3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.
    3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin pelajar.
    3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.
    3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.

    DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR

    4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
    4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama didalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
    4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

    DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR

    5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :
    •  Pemeriksaan Gigi dan Mata
    •  Pemeriksaan Kesihatan
    •  Program RMT
    •  Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
    •  Ceramah dan Kempen
    5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
    5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
    5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
    5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.

    DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR

    6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
    6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.
    6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga maruah pelajar tersebut.

     

     

    MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR.
    SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG

    Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskn hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Sehubung dengan itu, pengurusan hal ehwal murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :

    1.  Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
    2.  Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
    3.  Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.
    4.  Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.
    5.  Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut:
    •  ponteng sekolah
    •  merokok
    •  pergaduhan
    •  kelakuan lucah
    •  membuli
    •  kurang ajar atau biadap
    •  merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)
    6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
    7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
    8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah.
    9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

     

     

    STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
    PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR

     

    1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

    •  Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.
    •  Hari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
    •  Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendataran.
    •  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
    •  pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
    •  Bayaran yuran persekolahan.
    •  Pengagihan buku teks
    •  Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
    •  Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.

    2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

    2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.
    2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
    2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.
    2.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam.
    2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.
    2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
    •  Pencalonan oleh guru kelas.
    •  Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
    •  Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
    •  Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
    •  Majlis watikah perlantikan
    2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

    3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

    3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut :
    •  bilangan murid yang terlibat.
    •  Pemilihan murid yang tepat.
    •  Penyediaan menu yang berkhasiat.
    3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
    •  Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
    •  Berinteraksi dengan kawan-kawan.
    •  Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
    •  Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.
    3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
    •  Pemeriksaan mata.
    •  Pemeriksaan gigi.
    •  Pemeriksaan kuku dan rambut.
    •  Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.
    3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
    •  Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
    •  Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
    •  Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
    •  Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.
    3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
    •  Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
    •  Gotong-royong.
    •  Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
    •  Tidak membuang sampah merata-rata.

    4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

    4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
    4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
    4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

    5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

    5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
    •  Sesi kaunseling Individu
    •  Sesi kaunseling kelompok
    •  Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
    •  Kem Jati diri

    6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

    6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
    6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
    •  Keselamatan jalan raya.
    •  Jenayah juvana
    •  Pertolongan cemas
    •  Penyalahgunaan dadah.

    7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.

    7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak seperti :
    •  Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
    •  Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
    •  Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
    •  Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

    7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :

    •  Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan.
    •  Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen.
    •  Program Bersama Keluarga.

     

     

    PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 

    •  Pendaftaran tahun 1
    •  Program Pembudayaan Adab Murid
    •  Program Membudayakan Disiplin
    •  Program “Sekolahku Rumahku”
    •  Program Kesihatan
    •  Program Sekolah Selamat
    •  Perlaksanaan RMT
    •  Perlaksanaan SBT
    •  Program “Masih Ada Yang Sayang”.
    •  Pengisian buku daftar
    •  Rekod murid (SMM)
    •  Rekod SSDM