Assalamualaikum w.b.r dan Selamat Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah dan rahmatNya kita dapat meneruskan kesinambungan usaha untuk menempuhi cabaran bagi meningkatkan mutu pendidikan dengan melahirkan murid-murid SK Seri Ampang yang berilmu, kreatif, berfikiran kritis, berdaya saing, penyayang dan berakhlak mulia.

Komitmen serta budaya kerja yang positif, budaya kemesraan di antara staf merupakan sebahagian dari penentu kualiti pendidikan dan pencapaian akademik sesebuah sekolah.

Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu, bermuafakat, meningkatkan iltizam dan jati diri yang kukuh untuk menjadikan diri kita obor kecemerlangan kepada sekolah kita serta menjadikan SK Seri Ampang sebagai institusi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sesuai dengan tema sekolah "PENJANAAN INSAN BERKUALITI"

Raja Zainalabidin b. Raja Yahaya
Guru Besar,
SK Seri Ampang, Ipoh